Sidang Redaksi MRSM Kota Putra 2008

Blog yang memaparkan aktiviti Sidang Redaksi MRSM Kota Putra Besut, Terengganu.

Memaparkan sebahagian aktiviti pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra Besut Terengganu yang dirakam oleh unit Majalah Maktab.
9:35 PM

XPDC PULAU RHU BERSAMA GENG SAMUDERA

Posted by houseofkhat

niha geng redaksi. kursus kayak dalam masa 15 minit. Nak merasa juga berkayak. nyepelah tu..
dah balik dah.. masa ni jam 1.35 tengahari. Panasnya. Ramai yang mabuk laut. lemah tak berdaya kerana makan makanan berminyak sebelum balik.
ni namanya latihan menaiki kayak dari tempat air yang dalam. Kena pakai teknik menaiki dari kayak dari belakang. Lepas tu ada pulak latihan menaikkan semula kayak yang tenggelam di tengah laut.
dah puas mandi, rehat, kita snorkling lah pulak... tengok batu-batu karang sekitar sini ni...

setelah 45 minit berkayuh..akhirnya sampai juga.. lihat kat belakang.. sayup Putra Beach Camp..

Taklimat oleh pengetua sebelum bertolak ke Pulau Rhu... jaga keselamatan, ikut arahan, jangan cakap besar wehhh ...

9:51 AM

BBQ HOMEROOM

Posted by ameer









































wow bestnya mereka menjamu selera siap ada lilin kat tengah meja.romantiknya.terima kasih kepada ahli prs yang bersusah-susah bakar ayam.hitam muka tapi ayam kurang masak.tak lupa juga pada form 4 yang buat persembahan.sangat best dan menarik perhatian penonton.tak berkelip tengok persembahan.

10:27 PM

AMALI HAJI F4

Posted by che ain



amali haji dibawah pimpinan ustaz Adzli sedang menuju ke Muzdalifah untuk melontar di Mina.( depan aspuri je tuu..) Panasnya cuaca hari ni, macam betul2 kat padang Arafah, sabar inilah ujian Allah pada hambanya yang ikhlas


Ni amali haji ke promote selimut. Macam2 colour plak 2. tu ihram ke sari? TAHNIAH lah lepas ni boleh ambik package terus nak g haji. tawaf sekitar MRSM KOPU jah!!




6:06 PM

Activity Week 4th Day.

Posted by houseofkhat

ni namanya jalan lipan. Patutnya pakai selipar gajah gitu.. tapi nak buat macam mana berat sangat , ikat kaki ajelah... kiri, kanan, kiri, kanan .. woii dengarlah arahan,, kiri kanan, atas, bawah....
Pertandingan meniup belon terbesar,


Day 4. Amali Haji. Sukaneka

5:54 PM

Activity Week 3rd Day.

Posted by houseofkhat


Malam ada persembahan kebudayaan ikut kelas, ada boria , nasyid, dikir barat, drama, puisidra.






Petangnya buat khidmat masyarakatlah sikit. Gotong Royong bersih kawasan.


Meriaaaaahnya kulit durian. Ni tentu dah bedal 4 biji sorang ni. Dengan pulut dan santan, makan pesta makan durian pasti memuaskan hati, sampai tak terabih. Puashati....


Tolonggggg.... dengan menggunakan segala ilmu matematik , pai, sejarah dan sains akhirnya berjaya juga aku mencengkah ( buka ) durian ini....


Haikk makan durian campur aiskrim campur mee, tak pelawa pun kawan... sedap sangatlah tu... aktiviti berkelah di Putra Beach bersama homeroom.


Ini aku nak buat Istana Sultan Melaka dahulu siap dengan jambatan emas nak pergi pinang puteri gunung ledang. ....Sambil-sambil berkelah ada pertandingan membina istana pasir.
Pelajar tingkatan 4 ada acara 'water confident'. Bawa dia orang naik bot kecil ke bot besar , dari situ kena terjun dan berenang balik ke pantai. Alhamdulillah semuanya selamat..dan yang penting sambil-sambil tu boleh berendam dalam air laut( dah lama mengidam tu.. maklumlah Maktab tak benarkan pelajar mandi laut, kecuali ada aktiviti macam ni, dapat mandi free)


Ni abang-abang macho ni dari Kelab Samudera MRSM Kota Putra, hari ni geng Samudera kena jadi coast guard, jaga pelajar lain buat water confident. Esok lusa dia orang ada xpdc kayak.


Hari ketiga pagi-pagi macam biasa aerobik dulu. Hari ni special sikit ada aktiviti air di pantai. Pelajar Tingkatan 4 kena buat water confident. F1 , F2 bina istana pasir. lepas tu pakat makan durian beramai-ramai.