Sidang Redaksi MRSM Kota Putra 2008

Blog yang memaparkan aktiviti Sidang Redaksi MRSM Kota Putra Besut, Terengganu.

Memaparkan sebahagian aktiviti pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra Besut Terengganu yang dirakam oleh unit Majalah Maktab.
9:35 PM

XPDC PULAU RHU BERSAMA GENG SAMUDERA

Posted by houseofkhat

niha geng redaksi. kursus kayak dalam masa 15 minit. Nak merasa juga berkayak. nyepelah tu..
dah balik dah.. masa ni jam 1.35 tengahari. Panasnya. Ramai yang mabuk laut. lemah tak berdaya kerana makan makanan berminyak sebelum balik.
ni namanya latihan menaiki kayak dari tempat air yang dalam. Kena pakai teknik menaiki dari kayak dari belakang. Lepas tu ada pulak latihan menaikkan semula kayak yang tenggelam di tengah laut.
dah puas mandi, rehat, kita snorkling lah pulak... tengok batu-batu karang sekitar sini ni...

setelah 45 minit berkayuh..akhirnya sampai juga.. lihat kat belakang.. sayup Putra Beach Camp..

Taklimat oleh pengetua sebelum bertolak ke Pulau Rhu... jaga keselamatan, ikut arahan, jangan cakap besar wehhh ...

9:51 AM

BBQ HOMEROOM

Posted by ameer









































wow bestnya mereka menjamu selera siap ada lilin kat tengah meja.romantiknya.terima kasih kepada ahli prs yang bersusah-susah bakar ayam.hitam muka tapi ayam kurang masak.tak lupa juga pada form 4 yang buat persembahan.sangat best dan menarik perhatian penonton.tak berkelip tengok persembahan.

10:27 PM

AMALI HAJI F4

Posted by che ain



amali haji dibawah pimpinan ustaz Adzli sedang menuju ke Muzdalifah untuk melontar di Mina.( depan aspuri je tuu..) Panasnya cuaca hari ni, macam betul2 kat padang Arafah, sabar inilah ujian Allah pada hambanya yang ikhlas


Ni amali haji ke promote selimut. Macam2 colour plak 2. tu ihram ke sari? TAHNIAH lah lepas ni boleh ambik package terus nak g haji. tawaf sekitar MRSM KOPU jah!!




6:06 PM

Activity Week 4th Day.

Posted by houseofkhat

ni namanya jalan lipan. Patutnya pakai selipar gajah gitu.. tapi nak buat macam mana berat sangat , ikat kaki ajelah... kiri, kanan, kiri, kanan .. woii dengarlah arahan,, kiri kanan, atas, bawah....
Pertandingan meniup belon terbesar,


Day 4. Amali Haji. Sukaneka

5:54 PM

Activity Week 3rd Day.

Posted by houseofkhat


Malam ada persembahan kebudayaan ikut kelas, ada boria , nasyid, dikir barat, drama, puisidra.






Petangnya buat khidmat masyarakatlah sikit. Gotong Royong bersih kawasan.


Meriaaaaahnya kulit durian. Ni tentu dah bedal 4 biji sorang ni. Dengan pulut dan santan, makan pesta makan durian pasti memuaskan hati, sampai tak terabih. Puashati....


Tolonggggg.... dengan menggunakan segala ilmu matematik , pai, sejarah dan sains akhirnya berjaya juga aku mencengkah ( buka ) durian ini....


Haikk makan durian campur aiskrim campur mee, tak pelawa pun kawan... sedap sangatlah tu... aktiviti berkelah di Putra Beach bersama homeroom.


Ini aku nak buat Istana Sultan Melaka dahulu siap dengan jambatan emas nak pergi pinang puteri gunung ledang. ....Sambil-sambil berkelah ada pertandingan membina istana pasir.
Pelajar tingkatan 4 ada acara 'water confident'. Bawa dia orang naik bot kecil ke bot besar , dari situ kena terjun dan berenang balik ke pantai. Alhamdulillah semuanya selamat..dan yang penting sambil-sambil tu boleh berendam dalam air laut( dah lama mengidam tu.. maklumlah Maktab tak benarkan pelajar mandi laut, kecuali ada aktiviti macam ni, dapat mandi free)


Ni abang-abang macho ni dari Kelab Samudera MRSM Kota Putra, hari ni geng Samudera kena jadi coast guard, jaga pelajar lain buat water confident. Esok lusa dia orang ada xpdc kayak.


Hari ketiga pagi-pagi macam biasa aerobik dulu. Hari ni special sikit ada aktiviti air di pantai. Pelajar Tingkatan 4 kena buat water confident. F1 , F2 bina istana pasir. lepas tu pakat makan durian beramai-ramai.

5:48 PM

Activity Week 2nd Day.

Posted by houseofkhat


Ya, Inilah kumpulan Boria yang didatangkan khas dari Sebelah Utara , Bukan utara semenanjung Malaysia, tapi Utara Kota Putra saja, Kelas 2b medengdangkan boria sungai pinang.


Ni pertandingan apa pulak, terjun berganti-ganti ke? bukan! Ni aktiviti menjatuhkan telur ayam dari tingkat 3, dengan menggunakan segala kreativiti pastikan telur yang dijatuhkan itu tak pecah. tahniah 80% memang tak pecah setelah dibungkus dengan berbagai-bagai rupa hingga tak nampak dah telur tu, berlapis-lapis dengan surat khabar, kain batik siap dengan parachute dibuat dengan plastik sampah. Memang kreatif.

Ni pulak penonton dan peserta yang melihat dengan penuh debaran , telur dijatuhkan ke atas muka mereka, eh bukan , dijatuhkan dari tingkat 3.


Hai cikgu syukri , buat apa mende tu. Ni pulak aktiviti yang kedua, membina binaan dari straw dan cikgu syukri sedang menguji kekutan binaan tersebut. Kalau berjaya menahan beban yang diletakkan menanglah tu.

2nd day. Aktiviti Hari ni perasmian pada sebelah pagi. Ceramah kesihatan dan pameran PKP , penyakit-penyakit oleh Pelajar tingkatan 2.

5:23 PM

Activity Week 1st Day.

Posted by houseofkhat






First Day . Pagi-pagi lagi dah kena aerobik. Lepas tu ada pertandingan sukan di gelanggang. futsal.bola tampar. bola jaring.

7:57 AM

form 3 exclusive dinner

Posted by KaRiNa RdKc


me and amalina!!! Aku dipaksa mendendangkan lagu Ku Merindu dengan Peja..URGH...Tekanan jiwa aku!!!

8:34 AM

MENDAKI BUKIT KELUANG KELAS 1E

Posted by houseofkhat

Terimakasih ustaz Mamat kerana berjaya membawa pelajar-pelajar tingkatan 1 E , mendaki bukit Keluang.

1:46 AM

My experience

Posted by houseofkhat

Pengalaman yang termanis dalam hidupku. Susah dapat pengalaman ini. Yang tak dapat dilupakan adalah naik bot Cg.Zahari. Wow,fantastic!!!! Yang best dapat berkayak.....

10:56 PM

Latihan Kayak Lagi

Posted by houseofkhat

Sekali lagi , pada 22 Julai geng kayak meredah sungai kampung Raja dengan kayak mereka, sebagai latihan buat kali terakhir sebelum menyertai xpdc ke Pulau Rhu pada 30 Julai nanti... see you there with the lonely ostrich....

5:51 PM

Barbeque Form 5&Form3

Posted by houseofkhat





Barbeque Pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang tidak pulang bermalam. Diaorang ni ada kem subjek untuk SPM dan PMR. Esok Lusa Pra Trial SPM. 

Posing-posing jugak ayam tu hangit tu ... 

8:06 PM

Sedih Ustazah nak pindah

Posted by houseofkhat

meraikan pemergian Ustazah dan cikgu Riza dengan makan tengahari buat yang terakhir bersama unit Agama MRSM Kota Putra.

Perjumpaan terakhir kelas 5c bersama cikgu Riza dan Ustazah Fatimah. Kalian akan tetap dalam ingatan... 5c 2008

waaaaa. ustazah nak pindah.. ku abadikan potrait terakhir bersama ustazah sebelum dia melangkah pergi ke MRSM Pasir Salak ikut suaminya Cikgu Riza yang dinaikkan pangkat ke sana. Selamat jalan Wahai Ustazah, semoga ustazah maju jaya di MRSM yang baru... waaaaa.. sedih....

anak-anak HR Melor Tingkatan 5.2008

11:01 PM

Kem Waja Diri

Posted by tengku_shmeera

Dengar taklimat baik-baik tau...!?
Ni, semua peserta kena dengar taklimat...Biasalah...nak masuk Kem Waja Diri...Mesti berdisiplin dan ikut arahan..jangan main hentam jer...tekun-tekunlah mendengar taklimat,...yerk!!!

TepukKawan!!!three four!!
Best...Tepuk Kawan ialah tepuk khas yang direka oleh Kaunselor kami iaitu Mr.My Azman...Tepuk ini adalah untuk memupuk semangat kawan antara kami...Aktiviti ni sebenarnya Senam Pagi...Biasalah..kita nak badan yang sihat untuk otak yang cerdas, kan??

Jom! Kita santai-santai kat tepi pantai..!! Boleh tengok air pantai...Tapi, main air tak boleh tau..!? Nanti lemas...Kesian...Cikgu pulak yang susah...
Sebenarnya, peserta kem ni diberi peluang untuk bersantai sambil membuat perbincangan dan latihan persediaan untuk persembahan malam nanti...


Sekali Iced Breaking...daa...
Wow!!Syoknya bersorak..!Nak join sekaki boleh..?Kalau nak tau, inilah tepuk sorak untuk salah satu kumpulan yang sertai kem ni...Memang tak boring langsung lah sertai kem ni...



10:40 PM

PilihanRaya BWP 08

Posted by tengku_shmeera





PilihanRaya BWP sesi 08 ini telah diadakan pada 27 Jun 2008. Pelajar tingkatan dua terpaksa mengundi pos kerana menyertai Kem Waja Diri di Putra Beach Camp. Sesi pengundian berjalan dengan lancar.