Sidang Redaksi MRSM Kota Putra 2008

Blog yang memaparkan aktiviti Sidang Redaksi MRSM Kota Putra Besut, Terengganu.

Memaparkan sebahagian aktiviti pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra Besut Terengganu yang dirakam oleh unit Majalah Maktab.
9:41 PM

PESTA BUKU ANJURAN PUM & KOPERASI

Posted by houseofkhat



9:36 PM

Ceramah Isra' Mikraj

Posted by houseofkhat


Ceramah Isra'Mikraj, disampaikan oleh Tuan Haji Sam Hun bin Jusoh.

5:03 PM

PERKHEMAHAN JPA3 DAERAH BESUT.

Posted by houseofkhat

sayonara , sebelum berangkat pulang sempat juga mengabdikan gambar berkumpulan, ni geng-geng orang besar JPA3 dan guru-guru pengiring dari sekolah masing-masing, AJK yang berjaya melaksanakan perkehemahan kali ini. Terimakasih.....
penyampaian hadiah... adalah sikit-sikit kopu dapat... 4 hamper .. buat balik berebut....
Peramiaan penutup oleh YB Haji Pehimin Yusuf, Adun Kota Putra... apamacam YB, cikgu kita kat depan tu, tahun depan nak bertanding jawatan Ketua komandan , nak ganti komandan misai tadi tu.. ada harapan tak?
naik lelah, turun susah.. apasal susah sangat mendaki bukit keluang ni... ada tali tu... pegang kuat2
Geng kopu steady je.. masih lagi mampu tersenyum ...dah naik banyak kali.. tak jadi halll...
esoknya .. jalan lasak alias mendaki bukit keluang... alamak.. ramai yang pancit.. kena dera oleh tangga...
ni dia.. kuasa ultraman taro menfire kuasa kejahatan mambang api...
malamnya ada persembahan kebudayaan ... macam-macam diaorang ni.. berlakon, menyanyi, berdikir barat, bernasyid, sketsa ,


bawa mangsa melalui rintangan periuk api dan tembakan musuh yang terdiri dari ... dari....tali rapia jah..
"bila izrail datang memanggil... jasad terbujur atas usungan...." apasal kauorang nyanyi lagu ni.. aku belum mati lagi... cepat keluarkan aku dari semak samun ni...
"aikkk apahal kau lepaskan orang cedera tu macam tu aje... tak pasal-pasal arwah dia nanti..."
"macamana tak lepas, badan kecik tapi berat macam batu.. makan buldozer agaknya sarapan pagi tadi..."

aksi ahli sidang memadamkan api... ya itu dia ...dengan power mambang air .. api berjaya dipadamkan
tengok abang kita ni steady je.. siap posing gitu... tak lama pah tu jatuh... aduh aduh... aduh sakitnyaaaa
River crossing?.. amende tu? rentas sungai ...boleh ke ni? Boleh.. asal ada kekuatan. Kekuatan apa? Pertama kekuatan tangan. Pas tu kekuatan kaki.. lepas tu kekuatan hidung... aik kekuatan hidung??? apa kena mengenenya.. yalah air parit tu busuk ... kalau jatuh .... hidung tu mesti kuat menahan bau.....!!! fahammmmm!


ni aktiviti ikat-mengikat. Sedang syok mengajar ikatan.. tup2 blackout. tapi diaorang ni tak kenal erti putus asa. Ajar juga dalam keadaan gelap gulita tu.. siap pasang sport ligt kiri kanan. Yelah kalau tak ajar nanti tak pandai nak mengikat mangsa kemalangan , nanti terlondeh.. siapa yang susah... mak dia juga yang susah...

yeahhh kiri kanan kiri kanan. Hormat kehadapan hormat.... smart-smart belaka.



Ya ini dia komandan JPA3. Misai melenting tu... jangan main. Kalau jadi guru disiplin kat sini mesti pelajar takut... takut dekat misai dia.. Komandan nilah jadi hakim pertandingan.. tengok Sajjad kat bawah tu... dah kecut perut tu...


Kali ini MRSM KP jadi tuan rumah untuk Perkhemahan JPA3 Daerah Besut. Meriah jugalah aktiviti diaorang ni. Hari pertama dah kena pertandingan kawad kaki. Habis putra square diaorang jajah.

9:35 PM

XPDC PULAU RHU BERSAMA GENG SAMUDERA

Posted by houseofkhat

niha geng redaksi. kursus kayak dalam masa 15 minit. Nak merasa juga berkayak. nyepelah tu..
dah balik dah.. masa ni jam 1.35 tengahari. Panasnya. Ramai yang mabuk laut. lemah tak berdaya kerana makan makanan berminyak sebelum balik.
ni namanya latihan menaiki kayak dari tempat air yang dalam. Kena pakai teknik menaiki dari kayak dari belakang. Lepas tu ada pulak latihan menaikkan semula kayak yang tenggelam di tengah laut.
dah puas mandi, rehat, kita snorkling lah pulak... tengok batu-batu karang sekitar sini ni...

setelah 45 minit berkayuh..akhirnya sampai juga.. lihat kat belakang.. sayup Putra Beach Camp..

Taklimat oleh pengetua sebelum bertolak ke Pulau Rhu... jaga keselamatan, ikut arahan, jangan cakap besar wehhh ...

9:51 AM

BBQ HOMEROOM

Posted by ameer









































wow bestnya mereka menjamu selera siap ada lilin kat tengah meja.romantiknya.terima kasih kepada ahli prs yang bersusah-susah bakar ayam.hitam muka tapi ayam kurang masak.tak lupa juga pada form 4 yang buat persembahan.sangat best dan menarik perhatian penonton.tak berkelip tengok persembahan.

10:27 PM

AMALI HAJI F4

Posted by che ain



amali haji dibawah pimpinan ustaz Adzli sedang menuju ke Muzdalifah untuk melontar di Mina.( depan aspuri je tuu..) Panasnya cuaca hari ni, macam betul2 kat padang Arafah, sabar inilah ujian Allah pada hambanya yang ikhlas


Ni amali haji ke promote selimut. Macam2 colour plak 2. tu ihram ke sari? TAHNIAH lah lepas ni boleh ambik package terus nak g haji. tawaf sekitar MRSM KOPU jah!!




6:06 PM

Activity Week 4th Day.

Posted by houseofkhat

ni namanya jalan lipan. Patutnya pakai selipar gajah gitu.. tapi nak buat macam mana berat sangat , ikat kaki ajelah... kiri, kanan, kiri, kanan .. woii dengarlah arahan,, kiri kanan, atas, bawah....
Pertandingan meniup belon terbesar,


Day 4. Amali Haji. Sukaneka

5:54 PM

Activity Week 3rd Day.

Posted by houseofkhat


Malam ada persembahan kebudayaan ikut kelas, ada boria , nasyid, dikir barat, drama, puisidra.






Petangnya buat khidmat masyarakatlah sikit. Gotong Royong bersih kawasan.


Meriaaaaahnya kulit durian. Ni tentu dah bedal 4 biji sorang ni. Dengan pulut dan santan, makan pesta makan durian pasti memuaskan hati, sampai tak terabih. Puashati....


Tolonggggg.... dengan menggunakan segala ilmu matematik , pai, sejarah dan sains akhirnya berjaya juga aku mencengkah ( buka ) durian ini....


Haikk makan durian campur aiskrim campur mee, tak pelawa pun kawan... sedap sangatlah tu... aktiviti berkelah di Putra Beach bersama homeroom.


Ini aku nak buat Istana Sultan Melaka dahulu siap dengan jambatan emas nak pergi pinang puteri gunung ledang. ....Sambil-sambil berkelah ada pertandingan membina istana pasir.
Pelajar tingkatan 4 ada acara 'water confident'. Bawa dia orang naik bot kecil ke bot besar , dari situ kena terjun dan berenang balik ke pantai. Alhamdulillah semuanya selamat..dan yang penting sambil-sambil tu boleh berendam dalam air laut( dah lama mengidam tu.. maklumlah Maktab tak benarkan pelajar mandi laut, kecuali ada aktiviti macam ni, dapat mandi free)


Ni abang-abang macho ni dari Kelab Samudera MRSM Kota Putra, hari ni geng Samudera kena jadi coast guard, jaga pelajar lain buat water confident. Esok lusa dia orang ada xpdc kayak.


Hari ketiga pagi-pagi macam biasa aerobik dulu. Hari ni special sikit ada aktiviti air di pantai. Pelajar Tingkatan 4 kena buat water confident. F1 , F2 bina istana pasir. lepas tu pakat makan durian beramai-ramai.

5:48 PM

Activity Week 2nd Day.

Posted by houseofkhat


Ya, Inilah kumpulan Boria yang didatangkan khas dari Sebelah Utara , Bukan utara semenanjung Malaysia, tapi Utara Kota Putra saja, Kelas 2b medengdangkan boria sungai pinang.


Ni pertandingan apa pulak, terjun berganti-ganti ke? bukan! Ni aktiviti menjatuhkan telur ayam dari tingkat 3, dengan menggunakan segala kreativiti pastikan telur yang dijatuhkan itu tak pecah. tahniah 80% memang tak pecah setelah dibungkus dengan berbagai-bagai rupa hingga tak nampak dah telur tu, berlapis-lapis dengan surat khabar, kain batik siap dengan parachute dibuat dengan plastik sampah. Memang kreatif.

Ni pulak penonton dan peserta yang melihat dengan penuh debaran , telur dijatuhkan ke atas muka mereka, eh bukan , dijatuhkan dari tingkat 3.


Hai cikgu syukri , buat apa mende tu. Ni pulak aktiviti yang kedua, membina binaan dari straw dan cikgu syukri sedang menguji kekutan binaan tersebut. Kalau berjaya menahan beban yang diletakkan menanglah tu.

2nd day. Aktiviti Hari ni perasmian pada sebelah pagi. Ceramah kesihatan dan pameran PKP , penyakit-penyakit oleh Pelajar tingkatan 2.