Sidang Redaksi MRSM Kota Putra 2008

Blog yang memaparkan aktiviti Sidang Redaksi MRSM Kota Putra Besut, Terengganu.

Memaparkan sebahagian aktiviti pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra Besut Terengganu yang dirakam oleh unit Majalah Maktab.
5:54 PM

Activity Week 3rd Day.

Posted by houseofkhat


Malam ada persembahan kebudayaan ikut kelas, ada boria , nasyid, dikir barat, drama, puisidra.






Petangnya buat khidmat masyarakatlah sikit. Gotong Royong bersih kawasan.


Meriaaaaahnya kulit durian. Ni tentu dah bedal 4 biji sorang ni. Dengan pulut dan santan, makan pesta makan durian pasti memuaskan hati, sampai tak terabih. Puashati....


Tolonggggg.... dengan menggunakan segala ilmu matematik , pai, sejarah dan sains akhirnya berjaya juga aku mencengkah ( buka ) durian ini....


Haikk makan durian campur aiskrim campur mee, tak pelawa pun kawan... sedap sangatlah tu... aktiviti berkelah di Putra Beach bersama homeroom.


Ini aku nak buat Istana Sultan Melaka dahulu siap dengan jambatan emas nak pergi pinang puteri gunung ledang. ....Sambil-sambil berkelah ada pertandingan membina istana pasir.
Pelajar tingkatan 4 ada acara 'water confident'. Bawa dia orang naik bot kecil ke bot besar , dari situ kena terjun dan berenang balik ke pantai. Alhamdulillah semuanya selamat..dan yang penting sambil-sambil tu boleh berendam dalam air laut( dah lama mengidam tu.. maklumlah Maktab tak benarkan pelajar mandi laut, kecuali ada aktiviti macam ni, dapat mandi free)


Ni abang-abang macho ni dari Kelab Samudera MRSM Kota Putra, hari ni geng Samudera kena jadi coast guard, jaga pelajar lain buat water confident. Esok lusa dia orang ada xpdc kayak.


Hari ketiga pagi-pagi macam biasa aerobik dulu. Hari ni special sikit ada aktiviti air di pantai. Pelajar Tingkatan 4 kena buat water confident. F1 , F2 bina istana pasir. lepas tu pakat makan durian beramai-ramai.

0 comments:

Post a Comment