Sidang Redaksi MRSM Kota Putra 2008

Blog yang memaparkan aktiviti Sidang Redaksi MRSM Kota Putra Besut, Terengganu.

Memaparkan sebahagian aktiviti pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra Besut Terengganu yang dirakam oleh unit Majalah Maktab.
9:51 AM

BBQ HOMEROOM

Posted by ameer









































wow bestnya mereka menjamu selera siap ada lilin kat tengah meja.romantiknya.terima kasih kepada ahli prs yang bersusah-susah bakar ayam.hitam muka tapi ayam kurang masak.tak lupa juga pada form 4 yang buat persembahan.sangat best dan menarik perhatian penonton.tak berkelip tengok persembahan.

10:27 PM

AMALI HAJI F4

Posted by che ain



amali haji dibawah pimpinan ustaz Adzli sedang menuju ke Muzdalifah untuk melontar di Mina.( depan aspuri je tuu..) Panasnya cuaca hari ni, macam betul2 kat padang Arafah, sabar inilah ujian Allah pada hambanya yang ikhlas


Ni amali haji ke promote selimut. Macam2 colour plak 2. tu ihram ke sari? TAHNIAH lah lepas ni boleh ambik package terus nak g haji. tawaf sekitar MRSM KOPU jah!!




6:06 PM

Activity Week 4th Day.

Posted by houseofkhat

ni namanya jalan lipan. Patutnya pakai selipar gajah gitu.. tapi nak buat macam mana berat sangat , ikat kaki ajelah... kiri, kanan, kiri, kanan .. woii dengarlah arahan,, kiri kanan, atas, bawah....
Pertandingan meniup belon terbesar,


Day 4. Amali Haji. Sukaneka

5:54 PM

Activity Week 3rd Day.

Posted by houseofkhat


Malam ada persembahan kebudayaan ikut kelas, ada boria , nasyid, dikir barat, drama, puisidra.






Petangnya buat khidmat masyarakatlah sikit. Gotong Royong bersih kawasan.


Meriaaaaahnya kulit durian. Ni tentu dah bedal 4 biji sorang ni. Dengan pulut dan santan, makan pesta makan durian pasti memuaskan hati, sampai tak terabih. Puashati....


Tolonggggg.... dengan menggunakan segala ilmu matematik , pai, sejarah dan sains akhirnya berjaya juga aku mencengkah ( buka ) durian ini....


Haikk makan durian campur aiskrim campur mee, tak pelawa pun kawan... sedap sangatlah tu... aktiviti berkelah di Putra Beach bersama homeroom.


Ini aku nak buat Istana Sultan Melaka dahulu siap dengan jambatan emas nak pergi pinang puteri gunung ledang. ....Sambil-sambil berkelah ada pertandingan membina istana pasir.
Pelajar tingkatan 4 ada acara 'water confident'. Bawa dia orang naik bot kecil ke bot besar , dari situ kena terjun dan berenang balik ke pantai. Alhamdulillah semuanya selamat..dan yang penting sambil-sambil tu boleh berendam dalam air laut( dah lama mengidam tu.. maklumlah Maktab tak benarkan pelajar mandi laut, kecuali ada aktiviti macam ni, dapat mandi free)


Ni abang-abang macho ni dari Kelab Samudera MRSM Kota Putra, hari ni geng Samudera kena jadi coast guard, jaga pelajar lain buat water confident. Esok lusa dia orang ada xpdc kayak.


Hari ketiga pagi-pagi macam biasa aerobik dulu. Hari ni special sikit ada aktiviti air di pantai. Pelajar Tingkatan 4 kena buat water confident. F1 , F2 bina istana pasir. lepas tu pakat makan durian beramai-ramai.

5:48 PM

Activity Week 2nd Day.

Posted by houseofkhat


Ya, Inilah kumpulan Boria yang didatangkan khas dari Sebelah Utara , Bukan utara semenanjung Malaysia, tapi Utara Kota Putra saja, Kelas 2b medengdangkan boria sungai pinang.


Ni pertandingan apa pulak, terjun berganti-ganti ke? bukan! Ni aktiviti menjatuhkan telur ayam dari tingkat 3, dengan menggunakan segala kreativiti pastikan telur yang dijatuhkan itu tak pecah. tahniah 80% memang tak pecah setelah dibungkus dengan berbagai-bagai rupa hingga tak nampak dah telur tu, berlapis-lapis dengan surat khabar, kain batik siap dengan parachute dibuat dengan plastik sampah. Memang kreatif.

Ni pulak penonton dan peserta yang melihat dengan penuh debaran , telur dijatuhkan ke atas muka mereka, eh bukan , dijatuhkan dari tingkat 3.


Hai cikgu syukri , buat apa mende tu. Ni pulak aktiviti yang kedua, membina binaan dari straw dan cikgu syukri sedang menguji kekutan binaan tersebut. Kalau berjaya menahan beban yang diletakkan menanglah tu.

2nd day. Aktiviti Hari ni perasmian pada sebelah pagi. Ceramah kesihatan dan pameran PKP , penyakit-penyakit oleh Pelajar tingkatan 2.